Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 11 August 2015

Bagaimana memilih cinta?




Kadangkala hidup ni ada turun dan naiknya. Kadang kita di atas, kadang kita dibawah. Kadang kita gembira tak terkata, juga ada sedih yang mendatang tiba-tiba. Apa yang aku nak cerita kali ni bukan tentang kisah apa dan siapa, Cuma tentang suatu fasa dalam hidup yang setiap orang ada. HUBUNGAN. Apa yang nak aku cerita adalah tentang hubungan kita manusia dengan Allah Sang Pencipta, hubungan tentang kita anak dengan mereka ibu bapa, juga hubungan kita manusia sesama manusia. Biarlah cerita yang aku nak cerita ni jadi pengajaran pada semua, bukan untuk suka-suka tapi biarlah terkesan di hati walau sekelumit cuma. Apa yang terkait dengan setiap hubungan adalah cinta. Dulu definisi cinta bagi aku berbeza. Sekarang aku rasa aku temui erti cinta yang aku cari dengan kalimah yang Esa. Dulu aku terkejar-kejar cinta manusia, kadang aku tertanya dengan setiap cinta yang ada “Why we can’t make it?”, “Why we can’t go further?”. Aku usahakan untuk memahami setiap yang aku cinta tapi kenapa rasa yang ada tak pernah puas, tapi kenapa aku rasa ada satu ruang kosong dalam hati yang aku tak tau kenapa, kenapa aku rasa cemburu curiga sedih walhal dia bukan apa-apa, sungguh la mainan syaitan tu sangat hebat. Sampai aku terleka, terlena terbuai dalam mimpi dunia. Aku solat, aku puasa, aku hormati orang tua, tapi kenapa rasa tu tetap ada? Untuk mereka-mereka yang rasa apa yang aku rasa, maka dengarkan apa yang aku nak kata.



Jawapan dari segala rasa kosong yang ada hanya kau temui pabila kau betul-betul sujud pada yang Esa. Kau kata Ya, kau sujud tapi kenapa rasa itu tetap ada. Sebab kau letakkan cinta manusia yang pertama lebih dari segala-gala, kelalaian kau menyebabkan kau lupa pada yang Esa sedangkan kau kejarkan cinta manusia yang tak pasti tulus atau dusta. Kalau kau tanya aku kini tentang cinta, jwapannya pasti berbeza. Cinta yng pertama adalah Allah yang Esa, yang kedua ibu bapa yang tercinta, barulah dia pelengkap kesempurnaan mengejar cinta yang Esa. Tak salah kalau kita pernah lalai dulu dan sedar kini tapi sangat salah apabila kita sebenarnya sedar tapi tetap tak nak berubah. Aku lepaskan segala-gala cinta manusia, bukan mudah ada juga segelintir yang tak percaya tapi apa aku kisah kerana jalan untuk berubah itu memang payah tapi percayalah aku pasti Allah membalasnya dengan ganjaran yang kau sendiri tak pernah bayangi. Setiap kali bila kau dengar aku berseloroh kata keluar dating, jangan silap kerana setiap kawan perempuan aku semua yang aku cinta, yang sentiasa ada beri kekuatan walau aku tak punya yang namanya “boyfriend”. Tapi istiqamah la, once kau kata kau nak berubah, halangan yang kau perlu tempuhi hebat tak terkira, ni bukan cerita siapa-siapa, hakikat cerita tentang aku. Tapi bila kau lepasi halangan itu, kepuasan yang kau dapat tak terkira rasa. Apa kau kisah lagi tentang kosong? Sedangkan rasa itu hilang tiba-tiba. Bila lagi kau nak cuba? Maka berubah la. Sungguh la orang kata cinta Allah itu manis.



Untuk mereka yang telah punya tulang rusuk yang hilang, yang telah buat keputusan untuk mencari redha Allah bersama, maka teguhlah. Benar, waktu kau buat keputusan untuk memilih dia, pelbagai dugaan yang akan tiba. Kadangkala kau akan temui yang lagi baik dari dia, lagi cantik dari dia, lebih segala-gala dari dia. Jangan goyah kerana itu adalah dugaan yang perlu kau tempuh. Apa yang kau perlu tau hanya satu, setiap dari kita tidak sempurna. Pilihlah dia yang memilih Allah lebih dari segala-gala, jangan lepaskan walau begitu kacak atau begitu cantik yang menduga kerana ternyata nanti kau akan kecewa. Jaga jarak dan istikharah la. Akan kau temui hakikat cinta yang kau cari.



Sincerely,
sha_lin


Monday, 7 July 2014





Satu hari nanti, bila 'dia' datang, kau akan sedar biarpun ramai yang cuba menghampiri dan merebut hatimu, tapi cuma seorang saja yang benar-benar boleh memberi 'rasa' itu.

Allah. :')

Tuesday, 24 June 2014

Pesan Mama Tentang Bahagia





Mama kata bahagia itu indah.
ye, itu betul.
Mama kata untuk bahagia itu bukan mudah.
memang sy akui.
Mama kata kita akan bahagia bila melihat orang disekeliling kita bahagia.
Pesan mama sy ingat, nasihat mama sy patuh.
cuma kadangkala sy terleka kerana untuk bahagia itu bukan mudah.
untuk membuat orang disekeliling kita bahagia juga payah.

Mama..
sy fham makna bahagia..
tapi bagaimana pula dengan derita?
bagaimana pula dengan rasa sakit yang ada?
pada siapa harus sy luah, seberapa lama lagi harus sy tahan?
mama..
sy tak mampu meluahkan rasa padamu..
sy ingin menjadi anak yg terkuat yg pernah kamu punya..
salahkah sy?

Mama..
sy tahu dan sy sedar Allah bagi semua yg sy perlu..
tapi mungkin sy yg xpndai jaga atau ia sememangnya bukan milik sy..
kerana itu sy sedar satu perkara..
kerana mereka jugalah sy belajar banyak perkara.
hakikatnya masalah itu takkan pernah habis.

p/s: kadangkala kita perlu berubah. berubah mengikut keadaan semasa. mungkin perubahan itu membuat kau bahagia.

Tuesday, 8 April 2014

Allah is always by your side




Jangan Bersedih
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat
Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
Jangan Bersedih
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain
Jangan Bersedih
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan @ Dizalimi
Jangan Bersedih
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu
Jangan Bersedih
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


sahabat2 kesayangan,

Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah...

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Al-Quran menjawab :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Al-Quran menjawab :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286


Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?

Al-Quran menjawab :

"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139


Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

Al-Quran menjawab :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200

Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

Al-Quran menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

Al-Quran menjawab :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129

Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?

Al-Quran menjawab :
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 87

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Al-Quran menjawab :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
  Surah At-Taubah, ayat 111


 NotaKaki : ketika aku terjatuh dalam mencari cinta makhlukMu, Engkau sedarkan aku dengan 
                    ayatMu, juga Engkau sedarkan aku dengan cintaMu yang tidak akan pernah padam
                    dan tidak akan pernah mengecewakan.



Tuesday, 21 January 2014

diari hati 1


sebenarnya saya terluka. tak tau knapa..
sbenarnya byk perkara..tpi saya diamkan saja..
bkan tak penting..cuma mengingatinya akn mmbuat diri lebih kecewa.
demi mncipta bahagia, rsa kecewa tu saya simpan dalam-dalam.
jauh di sdut hati tnpa seorang pun ketahui.
lalu saya kunci dan manggakan dgan rapi..
dgan harapan ia takkan muncul lagi.
dgan harapan bhawa bhagia akan muncul kembali.

notakaki :  Sebab saya nak dalam setiap cerita saya, awak ada bersama.please dont be like other guys!




Saturday, 18 January 2014

1 dalam beribu




YA ALLAH..
aku percaya, sesungguhnya setiap apa yang berlaku di alam ini, pasti ada hikmahnya...Jodoh, hidup dan mati ku telah di tetapkan oleh Mu..Kau berilah kekuatan kepada ku untuk terus redha dengan segala ketentuan Mu... Jika kau telah tetapkan jodoh untuk kami semua, Kau lindungilah dia... kuatkan imam kami supaya ibadah kami terus bertambah setiap hari.. Lindungilah perasaan kami ini, dan serahkan lah perasaan ini kepada yang halal kami serahkan....
YA ALLAH...
Kau lindungilah kami...Hanya kepada Mu, aku berharap dan meminta pertolongan.. Jika kami rindu, rindukan lah kami kepada orang-orang yang halal untuk kami rindui...semoga kami berjaya melindungi perasaan ini..AMIN....
notakaki:  I want a guy to tell my Dad:"I want to marry your princess & make her my Queen " (someday)

puisi hati

Jika disingkap sekeping hati ini,
Sesungguhnya ia telah luka dan terkoyak,
Tapi percayalah,
Hati  yang rabak ini telah ditampal
dengan cinta yang Agung.

   Memikirkan kamu yang entah siapa,
   Kadang-kadang membuatkan aku tertanya,
   Bagaimanakah kamu?
   Bagaimana amalan mu?
   Cara apa layanan mu pada keluargaku nanti?
   Cara apa layanan mu padaku nanti?
   Adakah kau memperjuangkan agama-Nya?
   Adakah kau mempertahankan iman dalam dada mu?
   Dan persoalan demi persoalan terus melayani
   pemikiran hati dan akalku.

Berkat kurnianaan Ilahi,
Aku berdoa agar kamu yang muncul nanti
mampu membimbing agamaku,
Mempertahankan imanku,
Mampu menjaga keluarga kau dan aku,
Mampu menjaga diri ku.

   Tiada yang lebih bermakna
   setiap kali memikirkan kamu,
   Selain menggambarkan akhlak dan peribadimu,
   Jika kamu seperti aku yang dulu,
   Adakah sekarang kau mencuba
   mengembalikan keteguhan iman
   dalam dirimu?

Aku berharap jika dulu dirimu pernah terleka,
Namun sekarang kau bangkit semula,
Aku akan cuba untuk tidak mempersoalkan
masa lalumu,
Jika saat itu kau muncul sebagai pejuang agama Ilahi.

   Agar nanti walau hati kita
   terluka dengan dugaan,
   Kita tak cepat alpa dalam kesedihan,
   Agar kita mampu bangkit,
   Kerana rahmat Tuhan mengatasi
   besar dan luasnya langit dan bumi.

Aku sampaikan doa kepada Tuhanku,            
Munculnya kamu melengkapkan agamaku,
Mencintai aku,menyanyangiku seadanya kamu,
Dan saat itu aku juga berharap pada Tuhanku,
Aku juga sudah bersedia melengkapi agamamu,
Mencintai kamu,menyanyangimu seadanya aku,
Semoga Tuhan merahmati kita.

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..