Kadangkala
hidup ni ada turun dan naiknya. Kadang kita di atas, kadang kita dibawah. Kadang
kita gembira tak terkata, juga ada sedih yang mendatang tiba-tiba. Apa yang aku
nak cerita kali ni bukan tentang kisah apa dan siapa, Cuma tentang suatu fasa
dalam hidup yang setiap orang ada. HUBUNGAN. Apa yang nak aku cerita adalah
tentang hubungan kita manusia dengan Allah Sang Pencipta, hubungan tentang kita
anak dengan mereka ibu bapa, juga hubungan kita manusia sesama manusia. Biarlah
cerita yang aku nak cerita ni jadi pengajaran pada semua, bukan untuk suka-suka
tapi biarlah terkesan di hati walau sekelumit cuma. Apa yang terkait dengan
setiap hubungan adalah cinta. Dulu definisi cinta bagi aku berbeza. Sekarang aku
rasa aku temui erti cinta yang aku cari dengan kalimah yang Esa. Dulu aku
terkejar-kejar cinta manusia, kadang aku tertanya dengan setiap cinta yang ada “Why
we can’t make it?”, “Why we can’t go further?”. Aku usahakan untuk memahami
setiap yang aku cinta tapi kenapa rasa yang ada tak pernah puas, tapi kenapa
aku rasa ada satu ruang kosong dalam hati yang aku tak tau kenapa, kenapa aku
rasa cemburu curiga sedih walhal dia bukan apa-apa, sungguh la mainan syaitan
tu sangat hebat. Sampai aku terleka, terlena terbuai dalam mimpi dunia. Aku solat,
aku puasa, aku hormati orang tua, tapi kenapa rasa tu tetap ada? Untuk mereka-mereka
yang rasa apa yang aku rasa, maka dengarkan apa yang aku nak kata.
Jawapan
dari segala rasa kosong yang ada hanya kau temui pabila kau betul-betul sujud
pada yang Esa. Kau kata Ya, kau sujud tapi kenapa rasa itu tetap ada. Sebab kau
letakkan cinta manusia yang pertama lebih dari segala-gala, kelalaian kau
menyebabkan kau lupa pada yang Esa sedangkan kau kejarkan cinta manusia yang
tak pasti tulus atau dusta. Kalau kau tanya aku kini tentang cinta, jwapannya
pasti berbeza. Cinta yng pertama adalah Allah yang Esa, yang kedua ibu bapa
yang tercinta, barulah dia pelengkap kesempurnaan mengejar cinta yang Esa. Tak salah
kalau kita pernah lalai dulu dan sedar kini tapi sangat salah apabila kita
sebenarnya sedar tapi tetap tak nak berubah. Aku lepaskan segala-gala cinta
manusia, bukan mudah ada juga segelintir yang tak percaya tapi apa aku kisah
kerana jalan untuk berubah itu memang payah tapi percayalah aku pasti Allah
membalasnya dengan ganjaran yang kau sendiri tak pernah bayangi. Setiap kali
bila kau dengar aku berseloroh kata keluar dating, jangan silap kerana setiap
kawan perempuan aku semua yang aku cinta, yang sentiasa ada beri kekuatan walau
aku tak punya yang namanya “boyfriend”. Tapi istiqamah la, once kau kata kau
nak berubah, halangan yang kau perlu tempuhi hebat tak terkira, ni bukan cerita
siapa-siapa, hakikat cerita tentang aku. Tapi bila kau lepasi halangan itu,
kepuasan yang kau dapat tak terkira rasa. Apa kau kisah lagi tentang kosong? Sedangkan
rasa itu hilang tiba-tiba. Bila lagi kau nak cuba? Maka berubah la. Sungguh la
orang kata cinta Allah itu manis.
Untuk mereka
yang telah punya tulang rusuk yang hilang, yang telah buat keputusan untuk
mencari redha Allah bersama, maka teguhlah. Benar, waktu kau buat keputusan
untuk memilih dia, pelbagai dugaan yang akan tiba. Kadangkala kau akan temui
yang lagi baik dari dia, lagi cantik dari dia, lebih segala-gala dari dia. Jangan
goyah kerana itu adalah dugaan yang perlu kau tempuh. Apa yang kau perlu tau
hanya satu, setiap dari kita tidak sempurna. Pilihlah dia yang memilih Allah
lebih dari segala-gala, jangan lepaskan walau begitu kacak atau begitu cantik yang
menduga kerana ternyata nanti kau akan kecewa. Jaga jarak dan istikharah la.
Akan kau temui hakikat cinta yang kau cari.
Sincerely,
sha_lin