pelangi itu indah.
tersangat indah.
seperti kamu.
tunggu...
aku samakan kamu dengan pelangi bukan kerana keindahannya
tapi
kerna keduanya kesukaan aku.
lihat...
betapa besarnya rasa yang terbit untuk kamu
betapa tinggi harapan yang dibina bersama kamu
betapa luasnya keyakinan yang ada hanya untuk kamu.
bukan kerana kamu istimewa
bukan kerana rupa yg kamu punya
bukan jua kerana harta, wang ringgit mahupun kereta
tapi
tentang sebuah rasa.
rasa yang akan aku khabarkan kepada dunia
tapi hanya kamu yang lebih mengetahuinya
rasa yang hadir secara tiba-tiba
rasa yang datang tanpa dipaksa
rasa yang tidak aku rasakan kepada yang lain
tapi hanya kamu
rasa yang boleh aku katakan "anugerah dari Tuhan.
rasa yang membuat aku belajar tentang erti penantian
erti ketabahan, erti kesetiaan dan malahan erti kejujuran
rasa yang membuat aku lebih kuat hari demi hari
dan aku berharap kamu merasai yang sama.
pernah terkadang perasaan ragu bertamu dihati
pernah jua perasaan takut mencengkam jiwa
pernah jua diri ini berasa goyah
goyah dengan cabaran dunia
goyah dengan pujuk rayu manusia
tolong jangan samakan aku seperti yang lain
aku tak mampu khabarkan kepada semua
kerna rasa ini hanya aku yang rasa.
tapi entah kenapa
mengingati kamu membuat aku lebih kuat
lebih mengenal dunia
mengingati kamu membuang segala rasa ragu
ingin aku khabarkan kepada angin
untuk sampaikan rasa ini kepada kamu
jika kamu merasainya
pandanglah aku disini
kerna aku tetap setia dan tidak akan lari
aku lebih kuat kerna Tuhan ada dan kerna adanya kamu.
NotaHati : ya Allah, izinkan aku untuk terus berharap.kerna harapan ini membuat aku bahagia. untuk seketika ini cuma. izinkan aku. andai kekecewaan penghujungnya. tak mengapa. kerna aku pernah bahagia.