Aku tidak sebaik yang kau ucapkan tetapi aku tidak seburuk yang terlintas dihatimu
Monday, 9 July 2012
Saturday, 7 July 2012
Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah.
Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku
sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku
pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan
manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya
aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu
mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana
Allah mahu diriku dekat dengannya.
Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu
untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku
cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia'
sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin
dengan ayat Allah SWT ini,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji,
dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula),
sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik
(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka
memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)
(Surah an-Nur, ayat 26)
Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat
kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan
jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha
Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah
pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat
yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan
menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)
(Surah al-Furqan, ayat 75)
Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT.
Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta
yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya
untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan
larangan-larangan yang dibenciNya.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.
Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan.
Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya
layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga
diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan
sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka
itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)
✿• Cantik bermekap tapi sayang laa,
Kalau tak dibasahi wuduk...✿•
✿• Tegap tubuh badan tapi sayang,
Kalau tak penah tunduk bsujud...✿•
✿• Manis je bibir tapi sayang,
Kalau tak slalu lafaz zikir...✿•
✿• Ada kereta tapi sayang,
Kalau tak penah singgah di masjid...✿•
✿• Banyak harta tapi sayang,
Kalau tak penah sedekah & bayar zakat...✿•
✿• Cantik mulus kulitnyee tapi sayang,
Kalau tak penah tutup aurat... ✿•
✿• Cerdik fikiran tapi sayang,
Kalau tak boleh beza dosa & pahala...✿•
Emm.. sayang ~ sayang~
Thursday, 5 July 2012
Apabila
dirimu meminati seseorang, mohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu
miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka
bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.
Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .
Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…
#Letakkan pengharapan pada Allah s.w.t bukan pada manusia..
Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .
Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…
#Letakkan pengharapan pada Allah s.w.t bukan pada manusia..
23
tahun kau hidup dan kau rasakan tidak punya apa-apa..apatah lagi aku??hidup
yang kau rasakan masih belum bermula telah lama berjalan tanpa kau
sedar.mungkin kau sedar yang kau sedang merangkak dalam hidup. Merangkak itu
tidak salah kerana kau telah cuba untuk berjalan dan berlari tapi mungkin kau
lupa yang permulaan berjalan dan berlari itu adalah dengan merangkak
perlahan-lahan. Begitu juga dengan orang lain yang kau rasakan mereka berjalan
dan berlari dalam hidup sedangkan mereka juga sepertimu merangkak sebagai
langkah pertama. Pernahkah kau fikir yang orang lain telah menganggapmu berjaya?pesakit-pesakitmu?
Juga ibubapamu.aku yakin mereka bangga dengan pencapaianmu kerana dengan
merangkak kau mampu menggapai kejayaan. Mungkin yang kau rasakan kejayaan itu
tidak besar tapi orang lain??
23
tahun kau rasakan kau ditindas emosi dan mental..itu adalah lumrah..setiap
orang merasakan selagi diri ini bernafas. Apa yang kau perlu lakukan Cuma berdoa
dan berusaha untuk melupakan segala masalah yang ada. Aku mengerti percakapan
adalah lebih mudah dari perlaksanaan. Tapi andai kita redha dengan takdir-Nya
pasti kau akan menemui ketenangan itu.
23
tahun, kau masih sendiri. disogok pelbagai cerita dan kisah tentang kehebatan
dan kebahagiaan manusia-manusia sekeliling. Ya, kebahagiaanmu akan sampai juga
dalam masa cepat atau lambat kerana aku yakin setiap manusia memiliki kebahagiaan
itu Cuma kita masih tidak tahu bagaimana atau dengan cara apa ianya akan hadir.jangan
tunggu, kau perlu berusaha untuk mendapatkannya.kau bukan seorang yang
loser..kau seorang yang hebat dalam keadaan yang tertentu..mungkin aku tidak
tahu, sesiapa pun tidak mengerti kerana yang mengalaminya adalah kau dan ia
bukan aku.
p/s :
aku hanya mampu menulis untuk berkongsi sedikit rasa hati denganmu kerana
hakikatnya aku juga sedang mencari diri.
Dalam hidup
yang penuh dengan ujian dan cabaran ini, terkadang aku lupa..aku lupa yang
tidak semua perkara yang kita hajati akan menjadi milik kita. Terkadang aku
menjadi over-thinking..aku ingin sekali mengetahui apa yang orang lain
fikirkan, apa yang orang lain rasakan.adakah mereka sama seperti aku..
terkadang aku terjaga dari tidur, memikirkan apakah aku telah menyakiti atau
mengguris perasaan seseorang pada sesuatu hari tanpa aku sedar? Adakah perasaan
aku telah mengguris hatinya? Itulah aku.. jauh sekali untuk membenci..perlukah
ada perasaan benci dalam dunia nie?
Terkadang aku
muhasabah diri mencari kesilapan-kesilapan lalu yang menjadi penyebab akan
kejadian kini? Egokah aku? Bukan.. aku hanyalah seorang wanita biasa yang
mempunyai pendapatnya yang tersendiri yang mungkin kadang kau salah tanggapi. Itulah
aku..seorang yang cuba menjadi kuat walau keadaan segenting tali.terkadang aku
juga akan tersungkur tapi aku telah diajar untuk bangun kembali. Aku bukan
menjauhi, jauh sekali untuk menyombong diri kerana aku bukanlah seorang yang
gah untuk kau kenali. Aku hanya menunggu dia yang hadir untuk membawa aku
kejalan kembali.jalan yang satu untuk DIA yang pasti.
KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.
HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mau MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...
Itulah KEBAHAGIAAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)
dia yang berbicara tanpa suara
- sahazlin
- Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.
halaman menarik
- August (1)
- July (1)
- June (1)
- April (1)
- January (5)
- August (1)
- July (1)
- June (1)
- May (3)
- April (1)
- March (3)
- February (1)
- January (20)
- November (3)
- October (4)
- September (2)
- August (15)
- July (16)
- June (9)
- March (1)
- February (1)
- January (4)
- November (5)
- October (3)
- August (3)
- June (4)
- April (1)
- March (10)
bUat bAkaL suaMi ku !
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..





