Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 29 August 2013

Kenapa Tidak Perlu Mencari Kesempurnaan ??


Yang berseri tak selalu memukau.
Yang gemerlapan tak selalu boleh diharap.
Yang cemerlang tak selalu gemilang.
Yang kaya tak selalu membuat bahagia.
Yang pintar tak selalu membuat diri tersadar.

Yang tampan tak selalu menawan.
Yang cantik tak selalu menarik.

Tapi yang beriman, berakhlak mulia dan yang sederhana..
Tak suka berfoya-foya seringkali membuat nyaman dijiwa.

Kerana baginya apa yang dimiliki adalah amanah sekaligus kurnia
Sehingga tak kisah walaupun dia kaya, pintar, tampan, cantik dalam diri tak membuatnya terlena.

Namun, terkadang kita begitu mudah terpesona dengan apa yang nampak indah di mata.
Padahal kenyataan belum tentu demikian adanya.

Sibuknya mencari sesuatu yang sempurna membuat kita terseksa.
Begini bukan, begitu bukan,begini salah, begitu salah akhirnya resah.

Oleh kerana itu,janganlah terlalu sibuk mencari yang sempurna..
Jika yang beriman, berakhlak mulia dan yang sederhana pun mampu membuat anda bahagia.



p/s: cecomel aje kan Kang Gary ngan Jihyo awak? :p


Sunday, 7 July 2013

kerna keduanya kesukaan aku.




pelangi itu indah.
tersangat indah.
seperti kamu.
tunggu...
aku samakan kamu dengan pelangi bukan kerana keindahannya
tapi
kerna keduanya kesukaan aku.
lihat...
betapa besarnya rasa yang terbit untuk kamu
betapa tinggi harapan yang dibina bersama kamu
betapa luasnya keyakinan yang ada hanya untuk kamu.

bukan kerana kamu istimewa
bukan kerana rupa yg kamu punya
bukan jua kerana harta, wang ringgit mahupun kereta 
tapi 
tentang sebuah rasa.

rasa yang akan aku khabarkan kepada dunia 
tapi hanya kamu yang lebih mengetahuinya 
rasa yang hadir secara tiba-tiba 
rasa yang datang tanpa dipaksa
rasa yang tidak aku rasakan kepada yang lain
tapi hanya kamu 
rasa yang boleh aku katakan "anugerah dari Tuhan.

rasa yang membuat aku belajar tentang erti penantian 
erti ketabahan, erti kesetiaan dan malahan erti kejujuran
rasa yang membuat aku lebih kuat hari demi hari
dan aku berharap kamu merasai yang sama.

pernah terkadang perasaan ragu bertamu dihati
pernah jua perasaan takut mencengkam jiwa
pernah jua diri ini berasa goyah
goyah dengan cabaran dunia 
goyah dengan pujuk rayu manusia
tolong jangan samakan aku seperti yang lain
aku tak mampu khabarkan kepada semua
kerna rasa ini hanya aku yang rasa.

tapi entah kenapa
mengingati kamu membuat aku lebih kuat
lebih mengenal dunia
mengingati kamu membuang segala rasa ragu
ingin aku khabarkan kepada angin
untuk sampaikan rasa ini kepada kamu
jika kamu merasainya
pandanglah aku disini
kerna aku tetap setia dan tidak akan lari
aku lebih kuat kerna Tuhan ada dan kerna adanya kamu. 

 

NotaHati : ya Allah, izinkan aku untuk terus berharap.kerna harapan ini membuat aku bahagia. untuk seketika ini cuma. izinkan aku. andai kekecewaan penghujungnya. tak mengapa. kerna aku pernah bahagia.



Saturday, 1 June 2013

turn around, i'm right behind you



looking back, i dont regret...
one single day
memories will keep me close 
when you walk away 
its harder than i could imagine 
i guess i should have known that 
close your eyes, i'll be there 
i'll come running anywhere.

say goodbye, i'll be okay.
i will wait for you, cause..
true love will never fade.
when its real, you can feel it.
and i know, that you  know...
that i will keep on waiting...
patiently...
patiently..for you.

stormy Tuesday afternoons haven't been the same 
i used to stand outside and taste...
the sweetness of that.
it's harder when it really happens.
i wish i'd know that.
close my eyes and you're there.
but i can't find you anywhere.

when i'm lost, i try to find you,
turn around, i'm right behind you. 


notakaki : In every bad things happen, there will always good things coming. In every difficulties, there's a lesson. In every happiness,there's a test.

Saturday, 25 May 2013

i love you ABAH


Sekadar kongsi cerita..

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.
Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..


Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh­ utk membalas jasa ibubapa kita.

*Kongsikan Untuk tatapan semua..
*Untuk diri sendiri dan rakan2..
 

Thursday, 23 May 2013

AKU MOHON BANTU DOA KERANA AKU SAYANGKANNYA



aku bangkit dari sebuah kekalahan.
aku cuba senyum dari sebuah kekecewaan. 
aku mencari kekuatan dari kelemahan.
aku cuba tabah dari sesuatu dugaan.
hidup ini penuh dgn perkataan mencuba dan usaha. 
setelah itu nantilah dgn sabar kerna setiap kesabaran adanya ganjaran.
yakin walau keyakinan kita tidak setinggi mana.
sabar walau diri tidak sesabar mana.
kerna kadangkala kita mgkin lupa bhwa ada org lain yg lebih mnderita.

aku sedang hadapinya kini.
aku melihat seorang insan yg cuba tersenyum meskipun hatinya kecewa.
aku melihat seorang insan yg lagaknya seperti biasa walau menerima berita duka.
aku melihat wajah yg tulus berkata-kata walau hatinya pedih.
jujur aku tidak tahu apa isi hatinya.
jujur aku sedang tersenyum bersamanya walau hati aku menangis.
jujur aku takut kehilangannya.

dia adalah sosok seorang ibu yg penuh dengan ketabahan.
dia adalah sosok seorang nenek yang penuh dgn sifat penyanyang.
dia adalah sosok seorang isteri yang penuh dgn kesabaran.
dan kini..
dia adalah seorang pesakit yang aku rasakan berjiwa kental.
tidak menitiskan air mata wlau melihat anaknya bersedih.
kerna dia adalah seorang ibu.
kerna dia tahu kekuatan seorang ibu adalah kekuatan bagi anak-anaknya.

aku mohon TUHAN..
aku mohon ya ALLAH..
kau berikan penyembuhan kepada penyakitnya.
kau panjangkanlah usianya.
kerna aku belum bersedia utk meratapi sebuah kehilangan.
dan kerna aku terlalu sayangkan dia.
dan kerana aku masih lagi mahu memanggilnya.. NENEK .



Friday, 17 May 2013

TUHAN berikan aku kekuatan




mengapa aku letakkan harapan setinggi gunung
sedangkan tangan tak daya nak menggapai
kaki tak terdaya untuk melangkah

kaki seakan terasa kebasnya
tapi mengapa hati ini tak pernah goyah ?
aku lajukan langkah kaki untuk mendaki 
hingga aku nampak puncaknya
tapi mengapa bila aku panjangkan tangan untuk menggapai
aku jatuh kembali ?

TUHAN
apakah ini ujian untuk menguatkan hati ?
adakah ini cabaran untuk menduga diri ?
berapa lama lagi harus aku daki
berapa lama lagi harus aku nanti ?
itu aku tidak pasti

yang aku pasti, Allah itu hakiki
janji Allah itu pasti. 



Tuesday, 23 April 2013

dengan lafaz BISMILLAH


Tuhan...
Izinkan aku untuk mencintai dirinya. Izinkan dia untuk menjadi perkara terindah dalam hidupku. Izinkan aku untuk menyentuh sanubarinya. Izinkan dia untuk menjadi suatu yang halal buatku.
Dengan izin-Mu, aku pasti...

Tuhan...
Jangan biarkan hati ini terus diduga. Jangan biarkan diri ini terus-terusan hanyut di alam dunia. Jangan biarkan aku memberi harapan palsu. Jauhi aku.. jauhi aku dari terus disakiti, jauhi aku dari menyakiti, tegarkan hati aku untuk tetap menunggu.

Tuhan...
Jagakan dia untukku, berikan hal yang terindah dalam hidupnya. Bantu aku untuk menjaga diri. Bantu aku untuk tetap tabah, bantu aku untuk tetap bersedia dengan takdirmu.

Ambil dia..
Ambil dia dariku andai kata aku bukan yang terbaik untuknya. Jauhi aku dari dia andai kata kehadiran aku hanya menyakitinya.

Maka dengan itu, izinkan aku bahagia...
Izinkan aku bahagia melalui kebahagiaannya. Andai itu yang tertulis buat “aku” dan “dia”, izinkan aku untuk berlalu dari hatinya. Tiupkan semangat baru dihatiku.. agar aku dapat berdiri teguh melihat senyumnya.

Andai itu takdir, aku ikhlas..
Kerna aku hanya seorang wanita yang mencari sosok lelaki untuk bersama ke jannah-Nya.


                                                                                                                                                          -lin2013-(AAK)

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..