ASSALAMUALAIKUM para pembaca yang di kasihi sekalian..cewahh..ayat ! heeee....saja jer skadar mukaddimah..harap semuanya ceria2 selalu yer..emm..go0gle3...akhirnya trtarik pda 1 article nie..”TANDA2 KASIH SAYANG ALLAH SWT”..s0 lin nk k0ngsi lar ngn korg2 smua psal article nie..harap ad yg sdi bca n bleh menginsafi diri..sama2 lar kta prbaiki n insafi dri yer..cHaiyokk ! J
2) Mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
3) Tenggelam dalam zikrullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah.
4) Kegembiraannya dengan sentiasa mengingati Allah, munajatnya kepda Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada.
5) Tidak bersedih di atas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya.
6) Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid; “Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah”
7) Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah; ertinya: “Orang-orang yang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka.”
Memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta.
“Saudaraku, sama-samalah kita gapai cinta Allah yang abadi, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu...”
No comments:
Post a Comment