Sedikit
perkongsian yang ingin aku kongsi bersama dengan sahabat yang setia dihati. Hanya
kerana aku seorang wanita,, hanya kerana aku seorang wanita kau sangkakan aku
lemah, tidak boleh berdiri apabila terjatuh, menangis bila ditinggalkan. Hanya kerana
aku seorang wanita yang cuba menjadi solehah di akhir zaman kau tuduh aku
dengan seribu macam perkara, kau marah, kau hinjak, kau benci apabila aku cuba
menjauhi.
Tapi adakah
kau tahu wahai lelaki yang aku cuba menjaga diriku juga dirimu agar kita bersama-sama
berganding bahu menuju syurgaNya..adakah yang kau impi hanya syurga dunia
semata?? Walhal,, syurga disana adalah yang hakiki.. tahukah kau yg aku cuba
telan seribu macam amarah dan kelakuan setiap dari kamu,, aku cuba diam, aku
cuba sabar, dan kadangkala aku luahkan isi hati melalui penaku..kerana hanya
itu yang aku mampu. Walau sedikit aku tidak mahu memarahimu, menjatuhimu kerana
aku juga tahu aku bukan lah seorang wanita yg setegar Siti Khadijah.
Yang hanya
aku mahu agar kau sedar tugas dan tanggungjawab seorang lelaki. Hakikatnya, aku
bukan menyombong diri dengan menjauhi bila kau ingin kenali,, tapi aku cuba
menjaga diri untuk dia yg akan memiliki. Begitu juga kau,, inginkah kau pada
seorang wanita yg begitu mudah utk bergeseran dgn stiap lelaki yg ingin
mengenali sbgai pasangan menuju syurgawi?? Jgn salahkan kami kaum hawa, andai
kaum Adam juga melakukan perkara yg sama berulang kali. Aku sedar dan aku juga
ketahui,, setiap manusia perlukan pasangan tapi kamu lupa cara dan kaedah yg tepat
utk mendapatkan dia. Kamu lupa, dan kadang aku juga lupa,,cintailah penciptamu
jika kamu mahukan cinta makhluknya.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku."