Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 29 July 2012

hanya kerna aku seorang wanita


Sedikit perkongsian yang ingin aku kongsi bersama dengan sahabat yang setia dihati. Hanya kerana aku seorang wanita,, hanya kerana aku seorang wanita kau sangkakan aku lemah, tidak boleh berdiri apabila terjatuh, menangis bila ditinggalkan. Hanya kerana aku seorang wanita yang cuba menjadi solehah di akhir zaman kau tuduh aku dengan seribu macam perkara, kau marah, kau hinjak, kau benci apabila aku cuba menjauhi. 

Tapi adakah kau tahu wahai lelaki yang aku cuba menjaga diriku juga dirimu agar kita bersama-sama berganding bahu menuju syurgaNya..adakah yang kau impi hanya syurga dunia semata?? Walhal,, syurga disana adalah yang hakiki.. tahukah kau yg aku cuba telan seribu macam amarah dan kelakuan setiap dari kamu,, aku cuba diam, aku cuba sabar, dan kadangkala aku luahkan isi hati melalui penaku..kerana hanya itu yang aku mampu. Walau sedikit aku tidak mahu memarahimu, menjatuhimu kerana aku juga tahu aku bukan lah seorang wanita yg setegar Siti Khadijah. 

Yang hanya aku mahu agar kau sedar tugas dan tanggungjawab seorang lelaki. Hakikatnya, aku bukan menyombong diri dengan menjauhi bila kau ingin kenali,, tapi aku cuba menjaga diri untuk dia yg akan memiliki. Begitu juga kau,, inginkah kau pada seorang wanita yg begitu mudah utk bergeseran dgn stiap lelaki yg ingin mengenali sbgai pasangan menuju syurgawi?? Jgn salahkan kami kaum hawa, andai kaum Adam juga melakukan perkara yg sama berulang kali. Aku sedar dan aku juga ketahui,, setiap manusia perlukan pasangan tapi kamu lupa cara dan kaedah yg tepat utk mendapatkan dia. Kamu lupa, dan kadang aku juga lupa,,cintailah penciptamu jika kamu mahukan cinta makhluknya.


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
 "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku."

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..