Beragama itu mudah.
Bercinta juga mudah.
Tidak payah dan tidak perlu ditambah-tambah.
Aku pernah mendengar kisah orang meredah lautan api demi cinta.
Aku pernah mendengar orang memanjat gunung tinggi demi cinta.
Aku mahu menjadi kekasih yang berkorban demi cinta selagi tidak menyusahkan.
Contohnya, jika satu hari aku ditakdirkan untuk membelikan kekasihku
makanan atas alasan dia tidak ada upaya (wang, pengangkutan dsb), aku
akan lakukan. Dengan penuh semangat dan berazam untuk memikatnya.
Tetapi jika dia ada upaya, aku tidak akan menyusahkan diri aku untuk
bersusah-susah. Biar dia berjuang sendiri, ketika aku juga sedang
berjuang dalam hati.
... kecuali hanya selepas dia menjadi isteriku. Sekarang, mahu saja aku katakan kepadanya, "lamarlah aku!"
Romantisme? Persetankan!
credit to : abg Khalil Zaini
No comments:
Post a Comment