Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, 15 February 2013

JANJI


mama : boleh mama ckap skit ?
me     : cakap apa ma ?
mama : mama nak pesan sikit.. 
me     : pesan apa ?
mama : kalau nak cari pasangan, cari la yg boleh bimbing kamu dunia akhirat. yang boleh syg mama ngn abah macm mne dye syg kamu nanti.
me     : errr......
mama : lgi satu, cari psangan bukan dgn kluar slalu, bkan dgn keluar berdua. mama tak suka. klau dye betul              nak kan kamu, dye akan jmpa mama ngn abah nanti. jaga kehormatan kamu, jaga maruah keluarga.
me     : insyaAllah ma.

p/s : insyaAllah mama. pesanan mama, lin simpan. maruah keluarga, lin jaga. 

INFO :
7 GOLONGAN DILINDUNGI DI HARI KIAMAT  

1. pemimpin adil.
2. anak muda yg hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
3. orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
4. dua orang berkasih syg kerana Allah, kedua-duanya berkumpul dan berpisah demi kerelaan-Nya.
5. lelaki yg diajak oleh wanita cantik dan kaya utk melakukan dosa, tetapi ditolak olehnya dan  berkata: "Aku takut kepda Allah."
6. org yg bersedekah secara sembunyi shingga tgn kirinya tdak mngetahui apa yg diberi tgn kanannya, iaitu sedekah ikhlas.
7. org yg menyebut, mengingati dan mengagungkan Allah dgn tdak ada dlam ingatannya perkara lain.



Tuesday, 29 January 2013

sometimes


bila bergaduh saya diam ,
bila sakit saya pendam ,
bila nak menangis saya tahan ,
sekarang cuba awak nilai..
betapa saya sedang jaga hati awak.
p/s : Kadang kita menjauh dari seseorang, bukan kerana kita tak mengambil berat tentang si dia, tapi sebab kita sedar yang dia tak pernah menghargai kehadiran kita.

Monday, 28 January 2013

CAN U ?


 
saya seorang yang ringkas. cuba untuk lebih memahami. kalau saya suka, saya akan tunjukkan yang saya suka. kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiran, saya lebih suka untuk berterus terang. kadang-kadang, kita rasa marah, kita rasa gelisah, kita rasa sedih dengan seseorang tu kerana dia dah berjaya menapak dan mendarat di hati kita. bukan senang untuk menyukai, lebih-lebih lagi bagi seorang perempuan yang dah lama meninggalkan dunia "cinta" ni. sepatutnya kita faham, apabila kita ingin kenali seseorang dengan lebih rapat bermakna kita telah bersedia untuk disakiti dan dilukai kerna itu lumrah kehidupan. kalau kita menyukai seseorang dengan keikhlasan, mintalah dengan yang empunya keseluruhan hati. mintalah dengan Allah. PERCAYA. itu yang perlu kita terapkan dlam diri. ada sesuatu yang tidak boleh kita kongsi dengan orang lain, hanya Allah yang layak jadi pendengar. mengadulah padaNya. ingat... kita makhluk kerdil. kenapa perlu mencari kesempurnaan dalam diri seseorang sedangkan Allah ciptakan makhlukNya dgn sebaik-baik kesempurnaan.

p/s : its okay to miss someone. you're normal. its okay. tell HIM the owner of all hearts.

Saturday, 26 January 2013

mudah

Beragama itu mudah.
Bercinta juga mudah.
Tidak payah dan tidak perlu ditambah-tambah.
Aku pernah mendengar kisah orang meredah lautan api demi cinta.
Aku pernah mendengar orang memanjat gunung tinggi demi cinta.
Aku mahu menjadi kekasih yang berkorban demi cinta selagi tidak menyusahkan.

Contohnya, jika satu hari aku ditakdirkan untuk membelikan kekasihku makanan atas alasan dia tidak ada upaya (wang, pengangkutan dsb), aku akan lakukan. Dengan penuh semangat dan berazam untuk memikatnya.

Tetapi jika dia ada upaya, aku tidak akan menyusahkan diri aku untuk bersusah-susah. Biar dia berjuang sendiri, ketika aku juga sedang berjuang dalam hati.
... kecuali hanya selepas dia menjadi isteriku. Sekarang, mahu saja aku katakan kepadanya, "lamarlah aku!"

Romantisme? Persetankan! 

credit to : abg Khalil Zaini

yakin


Saya yakin setiap apa yang terjadi dalam hidup saya, itulah yang terbaik ALLAH berikan untuk saya. Hanya Dia mengetahui segala-galanya.

Friday, 25 January 2013

"redha" over everything


I’m the girl your ex girlfriend will hate, your mom will love, and that you will never forget. weeeeeeeee~~"

p/s : its how we see things. its what decision we chose. its how we appreciate. 
its how we handle things. it is when, we "redha" over everything.

Wednesday, 23 January 2013

Tabah !

Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat.
 
1)      Memaafkan seseorang.
Maaf. Maafkanlah orang yang menyakiti hati dan perasaanmu dan kau akan rasa ketenangan itu.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
2)      Bermuhasabah diri
Walaupun kita sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah kita, tak apa. Biarkan apa kata orang. Biarkan orang sekeliling menuding jari kepada kita. Ingatlah, tidak mati dek keji. Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri. Fikir kembali apa sikap buruk kita. Kita perbaiki diri kita sendiri. Kita buang sedikit demi sedikit sikap buruk kita. Insyallah..
3)      Berprasangka baik
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Bila kita ditinggalkan, kita pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan. Mesti ada. Walaupun sedikit. Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik.
Tanamkan dalam hati sendiri ‘ ada hikmah di sebalik semua ini’. Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya. Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.
4)      Berserah segalanya pada yang Maha Esa.
Jangan terburu-buru mengejar cinta. Berhenti seketika. Toleh ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?
Kadang-kadang orang yang kita sayang, 9 atau 10 tahun pun, kalau sememangnya bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita pertahankan, sedaya mana pun kita usaha, kita hanya merancang. Allah yang menentukan. Percaya pada ketentuan Allah. Percaya pada hukum Allah. Insyallah, Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya. Anggap la ini ujian dari Allah.



P/s : Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita. Semuanya kuasa Allah. Percayalah..

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..