Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 14 March 2011

leLakI oH leLakI

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

ksmpulanny:
nilai diri kita dhlu sblum mnilai dri org lain..
bajet kita da smpurna ke smpai nk mnilai ksmpurnaan org lain???
so think bout it k...
cool sudaa

Sunday 13 March 2011

aNdAi lElAki taHu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

tQ sOooo mUcHhhh





















prtma skali aq nk ucpkan tq bbnyak kt kowg terutama skali my bestfrenz [iqa,dewi n intan] c0z give ur big3 support t0 mE.. n kwan2 facebo0k yg lain coz sdi sggah di bloG aq yg x sberapa nie..

mklum lar bru brjinak-jnak dgan dnia blog nie..hihihi..=) trnyata mmg best..

sgala skongan kowg mmg aq hrgai sgt2..so,tros lar support lg..hihi
aq akn sbar mnantinya..wah !


n jgn lpe drop ur comment at my bloG..yer la aq taw comment2 kowg nie msti comment yg mmbina an..so,bley lar aq tgkatkn lg n buat ap yg ptut kt blog aq nie..klau korg nk bg idea p0n aq xkysa..lg3 skew..=)

last bt Not lEast...tq3 s0 much n cygggg km0ooo...^ _ *



bEza SukA dAn CinTa



1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.   2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangi...n sahaja.   3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.   4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.   5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.     6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.   7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.   8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.       ---------------------------------------------------------------------     Cinta, Sayang, Minat Dan Suka       Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)   Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)   Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)   Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )   Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.       ----------------------------------------------------------------------     Dimanakah Cinta...??!     MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI.. KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI.. HAYATI…   Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…   Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?   Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!   Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.   Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!   Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya   Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata     “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”   Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.   Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.         Surat tersebut berbunyi begini:         “Sayang!   Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.   Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.   Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.   Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.   Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.   Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Saturday 12 March 2011

Jika isteri bersuamikan programmer...

Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu fikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari..

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hah..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus.

Sunday 6 March 2011

cInta Oh cInta

tjuk cter nie pon psal cinta..so msti kowg da taw lar an yg lpas nie aq akn ckap sal cinta.. ala..feeling lar plak..pning2..=)
mle2 mqaddimahnye ktew start ngn 1st love aq dlu,pstu 2nd love,3rd love ,4th love...wah! byk n0 love story aq nie..hahaha..pning lar ko lin..adoyaiii...

rumit btul cinta..wah! sjak bla aq jd pkar cinta lak nie..hihi..nk djdikan criter aq da start brcintan cintun dr drjah 6 lg..nk wat cmner da cnta 2 sndri yg dtg pd aq..mla2 brcinta..wah3..mmg indah glerr..lpas 2 bru lar mcm2 rse yg dtg...klau jeolous tu xpyh ckap lar..da mmg aq nie gurl yg cpat jeles nk wt cmner ner..
mcm2 lar dgaan yg dtg..kira2 4 thun gak lar aq bcinta ngan dye..form3  ktowg clash..mmg perit gler..
yer r first love 2 beb..org ktew ssah nk lpewkn first love nie...org kte lar..hahaha..aq xkte pon..

psal knp aq clash 2 xbley lar aq nk story kt kowg..rhsia kmi bdua..hahaha...knon nk brahsia lar plak..yew lar tkuwt lak t ad org blacklist blog aq sbab nie lak..da lar aq bru jew wat blog...aish!
ptot kew?
xptot2..=) so skong lar blog aq..hihi
sTop! mlalUt lar nie..ok2..aq taw kowg xsbar nk dgar story sal first love aq an..

dlu..dlu lar...mmg aq sygg gler kt dye...cintaaa glerr kt dye..mcm2 knangan aq bsama dye..tp aq xbley mlawan tkdir..da mmg dye bkan jdoh aq..wlaupun pdih utk aq trime smua nie tp aq taw.."jdoh dtgan tuhan" lirik lgu raffi n Bella..hihi
yg psti..xdew spa2 yg slah dlam hal nie..aq psti..=) skrang aq msih mjdi kwan dye..dan ksimpulannya.."jgan hnye knangan lalu..mnyebabkan ktew lpew yg msih ad yg syg"..hihi...nie juz pndpat aq lar...xperlu lar ktew nk blacklist dye seumur idup ktew..coz pcye lar..
sjauh mne ktew cbe mngelak dr dye..sdekat itu jga ktew akn sntiase rse dkat ngan dye..
LiFe muSt Go On rmEmber..???

aq rse xprlu lar aq bcrite pnjang lbar soal nie..t ade lak yg feeling lbey bce story nie..

hehe..konon jew..cm lar best sgt..=)

-Pcye lar pAsti adA cInTa-

Friday 4 March 2011

sEngaL..=)

erm..mlam nie nk story ap yer..ap lar aq nie da dkat kol 12 mlam bru nk mla tulis blog..siap post2 lgu lgi 2..arap smua enjoy lar yew..

sjew mlam2 nie nk ilangkan stress vs tension..hik3...ntah npe tbe2 jew aq nk dgar lgu "satu cinta" by star five n "beri aq cinta" by ayushita..
ala lgu yg ala2 nasyid 2..skew sgt2...skew gler..erm..mrepek lg..ala smua tu perkara biase..2 jew lar ayat yg slaluuuu mmber aq ckap..aq pon xpasti asal lar dowg nie skew no ayat 2..hehehe..termsuk lar aq..ok2.. STOP!
berblik pd story ktew td..actually lgu nie bru jew dgar...2 pon mmber yg asyik dok psang..first time dgar..Wah!tros i jtuh cinta u...
no3..jgan silap lak..i jtuh cnta dgan lgunya jew..hi3..best gtu..kucing comel[tbe2 jew si intan ckap]aq pon konfius asal dia ckap psal kcing sdangkan aq tgah story psal lgu..haish..si intan motif sgguh...sjew nk wat aq glak mlam2 nie..
ya Allah..mrepek lg...tntang lgu tu..aq rse indah sgt2 liriknya..xtau lar cmmna nk gmbarkn ap yg aq rse wktu first time dgar lgu2 nie..wah!emo lar plak..biase lar stiap mnusia mndambakan ssuatu yg indah..yg akn mmbuatkan ktew bhagia..sme jga sperti aq..
stiap org ada knagn..
s0,bler dgar lgu2 cmnie..mla lar...nie yg mlas nie..da msuk soal feeling lar plak..xbley jd nie...

yg pnting lgu nie mmg indah ssagt!lets enjoy thiz songs..=)

Ayushita - Tuhan Beri Aku Cinta.flv

Star Five - Satu Cinta (lyrics)

Thursday 3 March 2011

first post dlam blog aq sndri

assalamualaikum..wah..excitednye nk type..mcam xprcya jew aq da ada blog sndri..slalu jd follower blog org lain jew..skang da ad blog sndri beb..hik3..happynye..ap aq mrepek nie..adoiiiii..biase lar org excited mmg mcam tu..aq da agak da msti mmber2 aq ckap cm tu nye nnti..ap aq ksah..hi3...tp aq ttap syg kowg..wah3 da msuk bab syg2 nie ap kesss..mkin mlalut lak aq nie...stop!!! "anda mmbuat sy pning", kta si pmbaca..sorry2..nk story nie..cer citer cer citer..heheheh.. alkisahnya mcm mna trwujud atau trjdinya blog bicara hati nie..bgini critenyew..sdang aq syok2 bercriter dgan housemate aq [ntah ap lar tu criternyew] ttbe..jeng3...hi3..kwan akak housemate aq msuk blik ktowg offer ktowg tok wat blog..mla2 mmg lar aq cam xnak jew..sbab aq bkan jnis org yg skew mnulis @ mnaip..pnat3..tp akhirnya rse excited lak coz da ad blog nie..cam best jew...so akak 2 ajar lar ktowg wat blog..yg lain2 kne explore sndri lar [akak 2 berkta]..huhuhu...housemate aq plak sbokk dok perli2 aq sbab aq da der blog..ala xpew2 t aq post link blog aq kat fb kowg..aq taw kowg nk jd follower aq an..hahahaha..apa2 pon thanks sgat2 kat kak murni coz ajar kmi wat blog...skew3..=) ajar lar kmi lg yer..~happy ending~

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..