Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 31 July 2012

Lillahitaala


"Berkasih sayang itu perlu ikhlas,
dan kasih sayang tak semestinya perlukan balasan,
cukup sekadar diri kita tahu yang kita DISAYANGI dan MENYAYANGI,
terimalah perasaan itu dan hargainya selagi ALLAH izinkan..."
#Lillahitaala...
Demi Allah jika kamu tinggalkan sesuatu hanya kerana DIA, maka DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih indah...
Demi Allah jika kamu tinggalkan cinta yang kamu rasakan ia hanya sia2, maka Allah akan memenuhi hatimu dengan keindahan cintaNYA...

p/s: aku bukan takut nk bercinta,bukan jga tkut utk mnerima cinta,,hanya yg aku takut jika aku tdak mndapat cinta dari pemilik hakiki,,kepda pemilik tlg rusukku..aku akn sntiasa menjga diri ini utk kamu,sehingga kamu berjaya mendapatkan aku setelah semua keinginan dan impian utama kita trcapai dan kita bersama-sama menuju jalan itu :)

 cett ! credit to fatmah : gmbar yg tgkap tnpa aku sedari =,="

Kasih kita kasih kesyurga





Satu kisah yg mampu membuatkan aku menitiskan air mata di malam Ramadhan ini.. sedikit perkongsian yg ingin aku titipkan bersamamu sahabat ! muhasabahlah diri selagi boleh, kekalkan kasih itu selagi mampu.. story by: syabab musafir kasih

Suatu hari, gadis kecil berumur 11 tahun itu demam panas. Ibu dan ayahnya mulai digamit kerisauan. Entah kenapa, panadol pun seolah-olah tidak memberikan kesan untuk mengurangkan demam anak mereka.

Lantas si ibu dan sang ayah segera membawa anak gadis mereka ke hospital.

Doktor memaklumkan si anak perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Katanya si kecil tersebut mengalami pendarahan dalam perut. Telahan awal mungkin kerana makan yang tidak menentu sebulan dua ni.

Si ibu stay di hospital sementara si ayah pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluan asas anaknya selama berada di wad. Pakaian dan sebagainya.

--
Ayah membuka almari pakaian anaknya. Dilihat beg galas sekolah anaknya berisi sesuatu. Lantas dibuka zipnya dan diinterogasi.

Tiba-tiba sang ayah menitiskan air mata. Dilihatnya ada dua pasang jubah. Disimpul kemas dengan reben tampak kreatif. Terselit nota kecil;

"Assalamualaikum abah, ma.

Ini hadiah Ramadan dari anakmu. Selama dua bulan ini adik mengikat perut untuk membelikan hadiah yang tak seberapa ini untuk abah dan ma. Jujur, adik iri hati pada seorang rakan ni. Waktu pulang dari sekolah, kelihatan ayah dan ibunya berjubah menjemputnya dari sekolah. Senang hati ini melihatnya. Tapi abah datang dengan seluar pendek, ma dengan tshirt dan jeans tanpa tudung di kepala datang menjemput di sekolah.

Abah..ma..adik tidak bermaksud untuk menyakitkan hati abah dan ma. Terimalah hadiah dari adik ni untuk abah dan ma. Itupun jika abah dan ma sudi.

Abah..ma..Kasih kita, kasih ke Syurga...

Tulus - anakmu."

---
Si ayah segera memecut ke hospital apabila menerima panggilan telefon dari si ibu. Katanya kritikal.

Sesampainya di wad, kelihatan si ibu sudah teresak-esak. Dengan wajah hampa. Air mata duka.

---
Hari ini, 15 Ramadhan. Kelihatan sepasang suami isteri dengan lengkap berjubah berjalan beriringan ke masjid untuk menunaikan solat terawih.

Biasanya bertiga. Tapi kali ini hanya berdua.
Di hati tetap bertiga. Sampai bila-bila.

adakah kau punya mata hati utk mghargai aku?

Meminta maaf,
bukan bermakna aku bersalah.
Mendiamkan diri bukan bermakna aku marah.
Kadang kala, itulah cara terbaik dalam menyelamatkan sebuah mutiara yang indah, yang mana indahnya mutiara itu lebih cantik daripada mutiara itu sendiri dan ianya berupa ukhuwwah lillahi ta’ala.
Hanya yang punya mata hati sahaja tahu menghargainya.
 

Sunday 29 July 2012

Hakikat Diri



Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN.. saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh sesiapa.. saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..

Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI sesiapa seperti mana mereka lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT IBU AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti mereka..punya hati dan perasaan ..

YA Allah Mungkin bagi aku sesuatu perkara itu baik tapi bagi mu tidak,dan apabila aku berfkir sesuatu yang buruk tapi bagi Mu sesuatu itu baik untuk ku, engkau memilih apa yang aku sentiasa tersilap pilih, maafkan aku.Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang mengetahui dan memilih yang terbaik untuk ku.

hanya kerna aku seorang wanita


Sedikit perkongsian yang ingin aku kongsi bersama dengan sahabat yang setia dihati. Hanya kerana aku seorang wanita,, hanya kerana aku seorang wanita kau sangkakan aku lemah, tidak boleh berdiri apabila terjatuh, menangis bila ditinggalkan. Hanya kerana aku seorang wanita yang cuba menjadi solehah di akhir zaman kau tuduh aku dengan seribu macam perkara, kau marah, kau hinjak, kau benci apabila aku cuba menjauhi. 

Tapi adakah kau tahu wahai lelaki yang aku cuba menjaga diriku juga dirimu agar kita bersama-sama berganding bahu menuju syurgaNya..adakah yang kau impi hanya syurga dunia semata?? Walhal,, syurga disana adalah yang hakiki.. tahukah kau yg aku cuba telan seribu macam amarah dan kelakuan setiap dari kamu,, aku cuba diam, aku cuba sabar, dan kadangkala aku luahkan isi hati melalui penaku..kerana hanya itu yang aku mampu. Walau sedikit aku tidak mahu memarahimu, menjatuhimu kerana aku juga tahu aku bukan lah seorang wanita yg setegar Siti Khadijah. 

Yang hanya aku mahu agar kau sedar tugas dan tanggungjawab seorang lelaki. Hakikatnya, aku bukan menyombong diri dengan menjauhi bila kau ingin kenali,, tapi aku cuba menjaga diri untuk dia yg akan memiliki. Begitu juga kau,, inginkah kau pada seorang wanita yg begitu mudah utk bergeseran dgn stiap lelaki yg ingin mengenali sbgai pasangan menuju syurgawi?? Jgn salahkan kami kaum hawa, andai kaum Adam juga melakukan perkara yg sama berulang kali. Aku sedar dan aku juga ketahui,, setiap manusia perlukan pasangan tapi kamu lupa cara dan kaedah yg tepat utk mendapatkan dia. Kamu lupa, dan kadang aku juga lupa,,cintailah penciptamu jika kamu mahukan cinta makhluknya.


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
 "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku."

Saturday 28 July 2012

wahai hati

Wahai Hati...
Bersabarlah dalam menanti,
Yakinlah janji_Nya adalah pasti..
Pada akhirnya kebahagiaanlah yg kelak kan diraih.

Wahai Jiwa...
Tenanglah dalam lara,
Percayalah bahwa janji_Nya adalah nyata,
Jangan pernah ragu dengan kehendak_Nya
DIA lebih tau mana yang terbaik untuk para
hamba2_Nya.

Wahai Raga...
Tetaplah istiqomah dalam asa,
Cinta yang suci sedang menguji keimanan kita,
Seberapa sabar kita dalam menunggu...
Seberapa kuat kita saat tertatih...
dan seberapa tegar kita disaat rapuh...

Segala uji dan cobaan_Nya tak pernah ada yang sia2,
Dibalik itu semua pasti ada hikmah dan
barokahnya, bersabarlah untuk suatu Keindahan,
Kebahagiaan itu pasti kan datang untukmu,
Disaat yang Indah di waktu yang tepat...Aamiin.
 

Tuesday 17 July 2012

soal kahwin???


Assalamualaikum para pembaca yg budiman..cewahh..ayatt nk amik ati nie..hiihhi
Ok laa..entry kali nie lin nk cerita bab kahwin..sebab aiishhh...mmg bab kahwin2 nie hot la skrg..buka facebook post psal cinta2, kahwin..kawan2 pn dok sembang pasal kahwin nie.. acane niee..acane???

Kali nie lin nk share pendapat lin la dgn korg..saja suka2..hee..
Bagi lin la..tak salah kahwin muda or kahwin awal dan tak salah nak kahwin masa belajar..semua tu tiada yg salah..bgi mngelakkan something yg buruk brlaku lbih baik kahwin kann?betul x korg? Tapi kita kena igt bukan senang nk uruskan ssuatu perkara yg besar camnie..perkara rumahtgga suatu hal yg sangat besar dan serius...so PASTIKAN sape2 yg nak kahwin tu dah bersedia dari sgala aspek..terutamanya mental, emosi, fizikal... ehemm..lin pun nak khwin muda sebenarnya tp aiishh calon xjmpe lgi ! hee...

Bagi yg sedang belajar pula..pastikan anda tahu bgi masa dengan betul dan tepat..pasangan masing2 kne la memahami tugas pasangannya kann..jgn laa nk egoiss nak ikutt cakap sendri jer..lebih baik berbincang sbelum mmbuat ap2 kputusan..tahu tanggungjawab diri sendri dan psangannya.. bagi lin la kan..tak salah lgsung nk khwin masa sdg belajar kerana 1st kita ada kasih sayang suami, 2nd suami boleh bimbing kita ke jalan Allah (pastikan tak silap pilih yerrrr) 3rd kita rasa kita tidak bersendirian, 4th suami sentiasa ada untuk support kita selain parents...n so onnn.... (:

Pesanan untuk para LELAKI : pastikan niat anda betul.pikatlah seseorang wanita itu jika anda benar2 yakin dia adalah pasangan anda serta dengan niat untuk dijadikan isteri. Jgn anggap wanita seperti baju kamu yg boleh kamu pakai n cabut sesuka hati kamu..fikirlah sejenak sebelum kamu melakukan sesuatu tindakan. Tambah PAHALA dan elakkan DOSA !

Monday 16 July 2012

teknik mengurat yang berkesan :p

                        


ehem..rasanya rmai yang nak baca apa yerrr teknik mengurat yang berkesan tu ekkk..
sabar sabar sabar... lin nak kongsi yg baikkk punye nieee..hewhewhew



HAHAHA~ agak2 la kann sape yg penah cuba teknik nie...berkesan ke tak ea...?? sila la cuba ye (:

p/s: tapi sebelum nak mengurat tu pastikan niat anda betul, untuk dijadikan teman hidup bukan sebagai pakaian yg bleh cabut n pkai pada bila2 masa ^_*

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..