Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 29 August 2012

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi
 




Sebenar-benar perasaan sayang adalah apbila melihat insan yang kita sayang bahagia bersama insan yang dia sayang. insyaAllah saya sentiasa doakan yg terbaik ! kehadiran anda membuat saya lebih matang :D

 #Biar perasaan ni tersimpan kemas dan rapat di hati.
maaf entry kli nie tiada tajuk kerana sy tak pasti tajuk apa yg patut sy tulis :)




Wednesday 22 August 2012

bila aku terdengar mereka ketawa...
aku tertanya...
kenapa??
sebenarnya aku cemburu...
cemburu dengan tawa mereka...
kerana aku juga ingin ketawa...
sama seperti mereka......

BAHAGIA..............
aku memandang langit...cerah...
matahari bersinar ceria...
ye..aku tersenyum...
senyuman yg aku tidak tahu kenapa??
bila senyumanku tiada lagi sinar..
bila tawaku seakan menangis...
bila tidurku tidak lagi lena..
entah kenapa...

ye...aku rungsing.........

Monday 20 August 2012

BAJU RAYA,,YEAYY !

Assalamualaikum...

ehemm,,nie da raya2 nie mesti la nk kongsikan gambar2 raya la kan.. ehh,,sebenarnya bukan gambar je tapi nak kongsikan baju raya tahun nie.. terima kasih kepada mama n abah atas sponsernya okeyyhh ! heee
love u more more n moreeeee ! (:


                                                               raya pertama



                                                        raya kedua


p/s : gambar nie tanpa edit ye.. maaf kalau x cntik (:

Friday 17 August 2012

Selamat Hari Raya Sahabat !

Assalamualaikum sahabat,,
Bismillahirrahmanirrahim...

Di kesempatan yang ada nie lin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari smua if ada tersalah bicara, menyakitkan hati,,terasa di mana2..maafkan la ye :D 

Ramadhan telah berakhir dan Syawal berkunjung tiba, diharap semua dapat mengubah diri untuk menjadi lebih baik dari masa kemasa..jgan lupa rebut peluang di pagi syawal untuk meminta ampun dan maaf dari kedua ibu bapa.. sesungguhnya tanpa mereka siapalah kita ! :)

P/s : sahabat2 diundang utk beraya di teratak saya if sudi..di endau jhor ye ! kalau berkesempatan dpatlah kita berjmpa da bermaafan. untuk pengetahuan smua raya pertama sampai keenam saja saya di johor ye,,raya ketujuh terpaksa meneruskan perjuangan di perak. 

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN YE !


aku dan perasaan


Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba.  Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.

Thursday 9 August 2012

Rasa itu milik kita


kita rindu dekat orang, tapi ada tak orang rindu pada kita?
kita sayang dekat orang tapi ada tak orang sayang pada kita?
kita rasa hati dia milik kita, tapi kita tahu tak apa isi hati dia?
kita cinta akan dia, tapi kita tahu tak apa maksud cinta?
kita rasa kasihkan dia , dia kasihkan kita juga ke?
kita cuba bersungguh untuk tawan jiwa dia, tapi jiwa dia untuk siapa?
kita ingin diri di cintai, disayangi pernah tak kita cuba sayang diri kita?

p/s :cinta itu memberi tanpa menerima, kasih pula menghulur tanpa berbicara apa-apa, kerna cinta manusia dicipta kerna kasih manusia diterima taubatnya, dan kerna PENCIPTA ,kedua-dua rasa itu milik kita
..

Saturday 4 August 2012

SENYUMLAH SAHABAT !


Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang sentiasa setia dihati.. 

Biarlah kita tidak kaya dengan harta dunia,,asalkan kita kaya dengan budi pekerti dan akhlak yang tinggi. Tiada guna darjat yang tinggi, tiada guna harta menggunung ttapi tiada akhlak terpuji yang mampu untuk di pandang tinggi. Wahai sahabat, jgn kamu bngga dengan pinjaman dunia, kerana itu adalah pinjaman sementara. Biarlah tidak kaya harta, asalkan kaya dengan senyuman dan akhlak yang tinggi. Jika kita tidak mampu bersedekah dengan harta, jgn kamu lupa bahwa senyuman juga adalah satu sedekah. Mungkin senyumanmu mampu memberi kenyamanan pada mereka, kita tidak tahu. Senyumlah selagi kamu mampu tersenyum, bersedekahlah selagi kamu boleh.

P/s: nak tahu kenapa lin tulis entry nie? Kerana pda julai lpas ad seorang adik yang lin handle pda program educated Malaysia bertanya,, “adik tak pernah nmpak akak x senyum,,setiap masa asyik senyum je,agknya macam mne ek muka akak bila tak senyum”?? haa,, nk jdikan crita tergelak sakan kitorg ngn soalan adik tu. Adik,,senyuman tu sedekah n jgn lupa senyuman mmpu buat kita awet muda taw ! upssss (:  

SENYUMLAH MACAM SAYA ! #Ehh

Bukan Seperti Embun Pagi



Cintailah aku bukan sahaja dengan kelebihan dari Allah pinjaman buatku tapi cintailah juga yang ada kekurangan pada diriku itu sebenarnya kelemahan aku sendiri kerana aku juga insan biasa seperti dirimu.

Bukankah cinta sejati itu menerima dengan setulus hati bukan dengan ungkapan manis bermain dibibir seperti embun pagi mudah hilang bila disapa mentari.




cinta saya limited edition la :)


Dear WhoKnowWhoyouAre , you should know how much I love you kan? So, I'll wait until the time when you can give me the exact answer. You can call me old fashioned, but I actually take relationship seriously. In case of cannot let go your ego? Beware! mine is higher than you! For now, get yourself comfortable, enjoy as much as you can, be happy as you want to. Another girl? You know you can't find another girl like me isn't? I hope you can bear the feeling of missing me when I already far away from you, don't worry my answer will always be I miss you too. Till that time arrive, promise me you will be there. InsyaAllah I will too ;) #Amin, hoping that Allah can guide us, always

p/s : orang yang tidak bercouple bukannya tidak laku tetapi cintanya LIMITED untuk yang halal sahaja ! (:

 Bagi saya "BOYFRIEND will be perfect if only he was your HUSBAND."

Allah Maha Mengetahui sesuatu !

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..." - Ayat-ayat Allah, 216, Surah al-Baqarah.

Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagimu. Rapatlah padaNya, nescaya Dia rapatkan pada insan yang jua mencintaiNya.


Jawablah dihatimu


 
 
 Di rentas masa aku ingin membawamu teman
Pada satu kisah agung
Dia pernah dihina nista hingga dituduh seorang gila
Juga dijujat memiliki sihir
Sebenarnya dia tidak melakukan apa pun
Cuma sering berkata
“berimanlah kamu semua kepada Allah yg Esa”
Batu kecil dan besar hinggap ditubuh
“pulanglah kau ! seruanmu adalah sia-sia”
Mereka terus menyakitinya hingga darah bertakung di kolam kasut.
Malaikat melihat dengan sedih ada yang geram untuk membalas
“gunung itu akan kami rebahkan biar orang-orang itu tenggelam”
Dia duduk menahan sakit hatinya berzikir sabar
Wajahnya senyum sambil menggeleng “jangan, jangan kalian usik mereka
Jika bukan hari ini mereka beriman besok pasti ada
Walau zaman berlangsung lama
Anak cucu mereka akan berkata :
“kami beriman kepada Allah dan Rasul-Nya”
Dia yakin, dia sabar, dia tawakal
Dia terus mendoakan umatnya
Teman
Kisah ini sangat menyayatkan kitalah anak cucu
Yang dimaksudkan baginda, nabi agung kita
Wahai teman
Bagaimanakah jika baginda dulu tidak sabar?
Tergesa dan merajuk dalam dakwah yang mulia?
Apakah kita dapat mengucap kata syahadah?
Dapatkah dahi mengucup sejadah cinta-Nya?
Jawablah temanku
Jawablah dihatimu.

Friday 3 August 2012

KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA





~Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa
begitu lama, Tuhan?"
~Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"
~Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
~Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
~Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
~Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...
~Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"
~"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"
~"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"
~"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat
~Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
~Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"
~"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"
~"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"
~"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
~Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

*Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
*Mampu tertawa saat hatinya menangis...
*Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
*Dia boleh melawan ketidakadilan...
*Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
*Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
*Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...


"CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"
Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"


dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..