Tuesday, 11 August 2015

Bagaimana memilih cinta?




Kadangkala hidup ni ada turun dan naiknya. Kadang kita di atas, kadang kita dibawah. Kadang kita gembira tak terkata, juga ada sedih yang mendatang tiba-tiba. Apa yang aku nak cerita kali ni bukan tentang kisah apa dan siapa, Cuma tentang suatu fasa dalam hidup yang setiap orang ada. HUBUNGAN. Apa yang nak aku cerita adalah tentang hubungan kita manusia dengan Allah Sang Pencipta, hubungan tentang kita anak dengan mereka ibu bapa, juga hubungan kita manusia sesama manusia. Biarlah cerita yang aku nak cerita ni jadi pengajaran pada semua, bukan untuk suka-suka tapi biarlah terkesan di hati walau sekelumit cuma. Apa yang terkait dengan setiap hubungan adalah cinta. Dulu definisi cinta bagi aku berbeza. Sekarang aku rasa aku temui erti cinta yang aku cari dengan kalimah yang Esa. Dulu aku terkejar-kejar cinta manusia, kadang aku tertanya dengan setiap cinta yang ada “Why we can’t make it?”, “Why we can’t go further?”. Aku usahakan untuk memahami setiap yang aku cinta tapi kenapa rasa yang ada tak pernah puas, tapi kenapa aku rasa ada satu ruang kosong dalam hati yang aku tak tau kenapa, kenapa aku rasa cemburu curiga sedih walhal dia bukan apa-apa, sungguh la mainan syaitan tu sangat hebat. Sampai aku terleka, terlena terbuai dalam mimpi dunia. Aku solat, aku puasa, aku hormati orang tua, tapi kenapa rasa tu tetap ada? Untuk mereka-mereka yang rasa apa yang aku rasa, maka dengarkan apa yang aku nak kata.



Jawapan dari segala rasa kosong yang ada hanya kau temui pabila kau betul-betul sujud pada yang Esa. Kau kata Ya, kau sujud tapi kenapa rasa itu tetap ada. Sebab kau letakkan cinta manusia yang pertama lebih dari segala-gala, kelalaian kau menyebabkan kau lupa pada yang Esa sedangkan kau kejarkan cinta manusia yang tak pasti tulus atau dusta. Kalau kau tanya aku kini tentang cinta, jwapannya pasti berbeza. Cinta yng pertama adalah Allah yang Esa, yang kedua ibu bapa yang tercinta, barulah dia pelengkap kesempurnaan mengejar cinta yang Esa. Tak salah kalau kita pernah lalai dulu dan sedar kini tapi sangat salah apabila kita sebenarnya sedar tapi tetap tak nak berubah. Aku lepaskan segala-gala cinta manusia, bukan mudah ada juga segelintir yang tak percaya tapi apa aku kisah kerana jalan untuk berubah itu memang payah tapi percayalah aku pasti Allah membalasnya dengan ganjaran yang kau sendiri tak pernah bayangi. Setiap kali bila kau dengar aku berseloroh kata keluar dating, jangan silap kerana setiap kawan perempuan aku semua yang aku cinta, yang sentiasa ada beri kekuatan walau aku tak punya yang namanya “boyfriend”. Tapi istiqamah la, once kau kata kau nak berubah, halangan yang kau perlu tempuhi hebat tak terkira, ni bukan cerita siapa-siapa, hakikat cerita tentang aku. Tapi bila kau lepasi halangan itu, kepuasan yang kau dapat tak terkira rasa. Apa kau kisah lagi tentang kosong? Sedangkan rasa itu hilang tiba-tiba. Bila lagi kau nak cuba? Maka berubah la. Sungguh la orang kata cinta Allah itu manis.



Untuk mereka yang telah punya tulang rusuk yang hilang, yang telah buat keputusan untuk mencari redha Allah bersama, maka teguhlah. Benar, waktu kau buat keputusan untuk memilih dia, pelbagai dugaan yang akan tiba. Kadangkala kau akan temui yang lagi baik dari dia, lagi cantik dari dia, lebih segala-gala dari dia. Jangan goyah kerana itu adalah dugaan yang perlu kau tempuh. Apa yang kau perlu tau hanya satu, setiap dari kita tidak sempurna. Pilihlah dia yang memilih Allah lebih dari segala-gala, jangan lepaskan walau begitu kacak atau begitu cantik yang menduga kerana ternyata nanti kau akan kecewa. Jaga jarak dan istikharah la. Akan kau temui hakikat cinta yang kau cari.



Sincerely,
sha_lin


dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..