aku bangkit dari sebuah kekalahan.
aku cuba senyum dari sebuah kekecewaan.
aku mencari kekuatan dari kelemahan.
aku cuba tabah dari sesuatu dugaan.
hidup ini penuh dgn perkataan mencuba dan usaha.
setelah itu nantilah dgn sabar kerna setiap kesabaran adanya ganjaran.
yakin walau keyakinan kita tidak setinggi mana.
sabar walau diri tidak sesabar mana.
kerna kadangkala kita mgkin lupa bhwa ada org lain yg lebih mnderita.
aku sedang hadapinya kini.
aku melihat seorang insan yg cuba tersenyum meskipun hatinya kecewa.
aku melihat seorang insan yg lagaknya seperti biasa walau menerima berita duka.
aku melihat wajah yg tulus berkata-kata walau hatinya pedih.
jujur aku tidak tahu apa isi hatinya.
jujur aku sedang tersenyum bersamanya walau hati aku menangis.
jujur aku takut kehilangannya.
dia adalah sosok seorang ibu yg penuh dengan ketabahan.
dia adalah sosok seorang nenek yang penuh dgn sifat penyanyang.
dia adalah sosok seorang isteri yang penuh dgn kesabaran.
dan kini..
dia adalah seorang pesakit yang aku rasakan berjiwa kental.
tidak menitiskan air mata wlau melihat anaknya bersedih.
kerna dia adalah seorang ibu.
kerna dia tahu kekuatan seorang ibu adalah kekuatan bagi anak-anaknya.
aku mohon TUHAN..
aku mohon ya ALLAH..
kau berikan penyembuhan kepada penyakitnya.
kau panjangkanlah usianya.
kerna aku belum bersedia utk meratapi sebuah kehilangan.
dan kerna aku terlalu sayangkan dia.
dan kerana aku masih lagi mahu memanggilnya.. NENEK .