Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 26 November 2011

:)


ATASI PERUT BUNCIT
Entry nie lin jz nk k0ngsi tntg tip2 diet jer..hrap ad yg sdi bca..bca taw..xrugi..heee

1.Makan selalu – Eh, sabar, sabar. lin bukan suruh melantak, lin suruh makan. Maksudnya, dengan kadar selalu. Maksudnya lagi, korang kena makan lima enam suap nasi saja dlam stiap 4jam camtu. Lepas tu mkan lgi, heh mmglah tak puas tapi kalau nak ramping? Ke korang suka nak buncit ni?

2.Jangan abaikan sarapan – Masa tidur adalah panjang, biasanya adalah lapan jam. Lapan jam ye perut korang tu kosong tak isi apa-apa, kalau mimpi makan chicken chop pun bukannya kenyang. So bila bangun pagi, gosok gigi dan sabun di bilik mandi, go breakfast. Breakfast tu jangan pula makan nasi lauk kari kepala ayam tambah ikan masak asam pedas dengan sambal sotong. Oh no no no, sarapan lah dengan kadar kuantiti yang beragak.

3.Pilih menu makanan dengan hati-hati – lin bukan suruh makan hati, lin suruh hati-hati. Makan makanan yang ada serat (kerana serat baik untuk melancarkan proses pembakaran dalam tubuh). Maksudnya serat tersebut akan membakar lemak, bukannya bakar bahan berapi, jangan risau takkan meletup punya. Makanan serat tu apa? Contohnya macam tu lah. Tu lah apa? Ha, tu lah macam beras merah, gandum dan telur.

4.Senaman – Ini macam boring. Kena berjogging lah hapa. Tsk, tapi inilah point paling penting sebenarnya. Tapi rajin tak korang nak pergi Taman Tasik Perdana lepas tu nak jogging? Okay kalau rajin baguslah, selain tu boleh dating-dating kan. Eh jangan tak tahu jalan kaki pun kira senaman jugak heh.

5.Tidur secukupnya – Kalau korang tidur kurang daripada tujuh atau lapan jam setiap malam, korang akan mengalami kesulitan untuk bersemangat dan bertenaga pada keesokkan pagi. Macam lin sekarang T_______T Sejak kesihatan sangat tidak baik, lin kurang tidur, susah tidur dan tak selesa untuk tidur. Tapi korang tak boleh macam itu. Nak ramping tak? Hahahahahaha, tidur cepat ye.

6.Pilih jalan yang panjang – Elakkan jalan pintas. Pfft, lin tak tahulah korang nak ikut ke tak point ni sebabnya macam kalau lin, akan fikir “Ahh, tak kuasalah nak penat-penat”. Ha gitu. Dah ada jalan pintas tetiba nak pilih jalan jauh, ish. Tapi lin tanya lagi ni, korang nak ramping tak?


7.Elakkan tekanan – Alololo hidup ni jangan stress sangat, semua orang ada masalah. Cuba cakap dengan lin sekarang hidup siapa takda masalah? Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Okay kejap lin nak cakap ni, janganlah stress sangat karang kalau asyik beban kepala otak, diri sendiri yang terseksa. Lepas tu apa kerja korang nak elak stress? Makan, makan, makan. Cuba tengok perut sikit?
Ok,,da abis..nk cUba x?hehehehehe
tpUk dada, tnya selera..aipppppp.....tpUk dada tnya dri jer...nk rmping x?ahahahahahaha
peace J

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..