Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 29 January 2012

'1st thing 1st'


Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!
Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~


1st Thing 1st:
-Diploma
- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~
~untuk menjadi yg terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya~

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..