Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 29 July 2012

Hakikat Diri



Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN.. saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh sesiapa.. saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..

Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI sesiapa seperti mana mereka lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT IBU AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti mereka..punya hati dan perasaan ..

YA Allah Mungkin bagi aku sesuatu perkara itu baik tapi bagi mu tidak,dan apabila aku berfkir sesuatu yang buruk tapi bagi Mu sesuatu itu baik untuk ku, engkau memilih apa yang aku sentiasa tersilap pilih, maafkan aku.Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang mengetahui dan memilih yang terbaik untuk ku.

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..