Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 3 August 2012

kenangan itu


Kenangan itu, kenangan dulu.. kenangan yg tiba-tiba aku ingat kembali.. kenangan yg tiba-tiba datang di sudut sanubari. Tanpa aku mengetahui kenapa?? Mengapa?? Dan tanpa aku faham apa-apa. Kenangan lama yg dulu pernah aku benci, yang ingin aku buang jauh di sudut hati. Kenangan yg mungkin aku xpernah mahu utk mengingati lagi. Kenapa ia dtg kembali? 

Itu aku tidak mengerti. Yang aku tahu, aku tidak boleh dan aku tidak mahu pandang ke belakang lagi. Kerana aku tahu destinasiku di depan kini. Dia yg pernah menyulam rasa cinta, rasa sayang dan rasa rindu bersama dulu, penuh dengan kenangan-kenangan yang mungkin membuat aku tersenyum apabila teringat kembali. Walaupun penuh dengan gelora, penuh dengan perasaan itu tapi Alhamdulillah aku mampu bertahan lagi.

Dia yang dulu meninggalkan aku membuatkan aku menjadi lebih kuat kini. Walau selama 4 tahun ianya mampu bertahan tapi aku tidak pernah menyalahkan sesiapa. Bila ia pergi, aku pernah tersungkur, aku pernah meratap sepi..tapi hanya seketika Cuma kerana akhirnya aku sedar dan aku ingin memperoleh cinta hakiki, cinta Ilahi. Dan segala kenangan itu aku simpan jauh di sudut hati tanpa mahu aku ingat lagi. Hakikatnya segala milikku hanya milik seorang lelaki yang belum aku pasti juga milik pencipta hakiki ! kini, aku mampu tersenyum, aku mampu memandang kenangan itu tanpa perasaan marah, tanpa perasaan benci. Kerana kini, tiada lagi rasa itu di hati ini..kini aku mampu melangkah gagah untuk mereka yg tidak jemu-jemu menyokongku- mama & abah !
  
p/s: Jangan ditanya jika kamu melihat seseorang  yang menangis selepas selesainya dia bersama Tuhan ditikar sejadah, kerna kamu sendiri tahu jawapannya apa.

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..