Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 19 September 2012

terima kasih


Thanks awak.. pemergian awak meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya.. kehilangan awak merubah saya untuk menjadi seorang wanita yang lebih baik.. sungguh,, saya bangga dengan diri saya kini.. insyaAllah.. saya mencuba dan terus mencuba.. kerana Allah.. ye.. saya yakin.. kerana Allah.. kerana mendapatkan keredhaannya. saya mencuba perbaiki diri untuk menjadi solehah.. untuk mereka.. mereka yang sangat saya sayangi.. mereka yang sangat saya cintai.. sungguh !! kenyataannya mereka yang sangat menyayangi saya.. MAMA dan ABAH. kalau nak saya katakan..mungkin tak tercapai dengan kata-kata.. sungguh tak dapat saya ungkapkan perasaan... hati yang terluka tak mampu saya gambar dengan kata-kata. hakikatnya saya tak mampu untuk menangis.. adakah itu sudah cukup menggambarkan apa yang saya rasa??? entah berapa lama masa yang perlu diambil kini untuk mengubat luka. tapi luka yang ada dibiarkan sepi.. tanpa berbuat apa-apa.. kerana malas..malas untuk melayan perasaan memikirkan perkara yang tidak penting.. tapi lihatlah..bukankah saya sudah tewas kini??

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..