Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 18 January 2014

puisi hati

Jika disingkap sekeping hati ini,
Sesungguhnya ia telah luka dan terkoyak,
Tapi percayalah,
Hati  yang rabak ini telah ditampal
dengan cinta yang Agung.

   Memikirkan kamu yang entah siapa,
   Kadang-kadang membuatkan aku tertanya,
   Bagaimanakah kamu?
   Bagaimana amalan mu?
   Cara apa layanan mu pada keluargaku nanti?
   Cara apa layanan mu padaku nanti?
   Adakah kau memperjuangkan agama-Nya?
   Adakah kau mempertahankan iman dalam dada mu?
   Dan persoalan demi persoalan terus melayani
   pemikiran hati dan akalku.

Berkat kurnianaan Ilahi,
Aku berdoa agar kamu yang muncul nanti
mampu membimbing agamaku,
Mempertahankan imanku,
Mampu menjaga keluarga kau dan aku,
Mampu menjaga diri ku.

   Tiada yang lebih bermakna
   setiap kali memikirkan kamu,
   Selain menggambarkan akhlak dan peribadimu,
   Jika kamu seperti aku yang dulu,
   Adakah sekarang kau mencuba
   mengembalikan keteguhan iman
   dalam dirimu?

Aku berharap jika dulu dirimu pernah terleka,
Namun sekarang kau bangkit semula,
Aku akan cuba untuk tidak mempersoalkan
masa lalumu,
Jika saat itu kau muncul sebagai pejuang agama Ilahi.

   Agar nanti walau hati kita
   terluka dengan dugaan,
   Kita tak cepat alpa dalam kesedihan,
   Agar kita mampu bangkit,
   Kerana rahmat Tuhan mengatasi
   besar dan luasnya langit dan bumi.

Aku sampaikan doa kepada Tuhanku,            
Munculnya kamu melengkapkan agamaku,
Mencintai aku,menyanyangiku seadanya kamu,
Dan saat itu aku juga berharap pada Tuhanku,
Aku juga sudah bersedia melengkapi agamamu,
Mencintai kamu,menyanyangimu seadanya aku,
Semoga Tuhan merahmati kita.

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..