Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 21 January 2013

AKU

Aku bakal insan yang disayangi. Yang tiada berharta, mahupun rupa. Agamanya jga tidak setebal kabus. Namun, sudah bersedia. Untuk hidup mati bersama. Susah senang berdua.
Aku bakal isteri. Diriku tahu Allah sedang mendekatkan aku kepadaNya. Allah sedang memerhatikan perhubungan yang dikhuatiri akan renggang hubunganku terhadapNya di saat diri lalai dalam pelukan. Iman semakin pudar kerana ungkapan kasih. 
Aku bakal pelengkap sunah. Aku bersedia untuk saling beringat setiap masa. Supaya tidak lalai kepada yang mengurniakan cinta. Supaya tidak alpa kepada yang mengurniakan kasih ini.
Aku bakal ibu kepada anak-anak. Aku bersedia untuk corakkan mereka bersama. Menyelitkan iman dan takwa dalam hati mereka. Menyerapkan Al-Quran dan Hadis dalam rohani ini. Agar mereka lebih berguna, menjadi tentera Fisabilillah, tiada terkira syahidnya.

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..