Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 21 January 2013

CORETAN RASA

"dalam setiap buku di mana setiap kata-katanya itu, aku rasakan menyentuh dan menyemarakkan rasa. aku gariskan dibawahnya dengan sebatang karbon.

dan kau adalah karya di mana kesemua aksara-aksaranya menaungi satu garisan melintang berterusan. terbentuk hasil sebuah kegaguman. dari mula abjad pertama hingga ke penghujung noktah muka surat. tanpa putus-putus dan bengkang-bengkok, garisan ini setia memahat rasa kagum dan teruja akan kehadiran kau dalam bentuk-bentuk abjad. yang seakan-akan menjadi majis apabila dilaungkan kuat. dan seakan-akan fantasi yang bergema dalam hati apabila dibaca secara diam.

kau tidak sempurna. tetapi cukup mendatangkan kesan terhadap aku yang juga tidak sempurna.

usah kau tanya mengapa aku tuliskan tentang ini kerna aku belum cukup petah untuk terangkan. yang utama, yang perlu kau tahu adalah segenap rasa ini wujud sendiri, tanpa sedikit aku rancang. sebuah perasaan yang semakin aku biar dan mahu endahkan, semakin kuat ianya menebak terus dalam hati."

 p/s : cari aku bila kau bersedia, lupakan aku bila ternyata aku hanya sudut sipi di ruangan hati

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..