Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 28 January 2013

CAN U ?


 
saya seorang yang ringkas. cuba untuk lebih memahami. kalau saya suka, saya akan tunjukkan yang saya suka. kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiran, saya lebih suka untuk berterus terang. kadang-kadang, kita rasa marah, kita rasa gelisah, kita rasa sedih dengan seseorang tu kerana dia dah berjaya menapak dan mendarat di hati kita. bukan senang untuk menyukai, lebih-lebih lagi bagi seorang perempuan yang dah lama meninggalkan dunia "cinta" ni. sepatutnya kita faham, apabila kita ingin kenali seseorang dengan lebih rapat bermakna kita telah bersedia untuk disakiti dan dilukai kerna itu lumrah kehidupan. kalau kita menyukai seseorang dengan keikhlasan, mintalah dengan yang empunya keseluruhan hati. mintalah dengan Allah. PERCAYA. itu yang perlu kita terapkan dlam diri. ada sesuatu yang tidak boleh kita kongsi dengan orang lain, hanya Allah yang layak jadi pendengar. mengadulah padaNya. ingat... kita makhluk kerdil. kenapa perlu mencari kesempurnaan dalam diri seseorang sedangkan Allah ciptakan makhlukNya dgn sebaik-baik kesempurnaan.

p/s : its okay to miss someone. you're normal. its okay. tell HIM the owner of all hearts.

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..