Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 26 January 2013

mudah

Beragama itu mudah.
Bercinta juga mudah.
Tidak payah dan tidak perlu ditambah-tambah.
Aku pernah mendengar kisah orang meredah lautan api demi cinta.
Aku pernah mendengar orang memanjat gunung tinggi demi cinta.
Aku mahu menjadi kekasih yang berkorban demi cinta selagi tidak menyusahkan.

Contohnya, jika satu hari aku ditakdirkan untuk membelikan kekasihku makanan atas alasan dia tidak ada upaya (wang, pengangkutan dsb), aku akan lakukan. Dengan penuh semangat dan berazam untuk memikatnya.

Tetapi jika dia ada upaya, aku tidak akan menyusahkan diri aku untuk bersusah-susah. Biar dia berjuang sendiri, ketika aku juga sedang berjuang dalam hati.
... kecuali hanya selepas dia menjadi isteriku. Sekarang, mahu saja aku katakan kepadanya, "lamarlah aku!"

Romantisme? Persetankan! 

credit to : abg Khalil Zaini

No comments:

Post a Comment

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..