Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 7 July 2012

Sabarlah Cinta


Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.
Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,

 "Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

 Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.

 "Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)


Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.
Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

 "Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)

sayang~ sayang~

✿• Cantik bermekap tapi sayang laa,
Kalau tak dibasahi wuduk...✿•

✿• Tegap tubuh badan tapi sayang,
Kalau tak penah tunduk bsujud...✿•

✿• Manis je bibir tapi sayang,
Kalau tak slalu lafaz zikir...✿•

✿• Ada kereta tapi sayang,
Kalau tak penah singgah di masjid...✿•

✿• Banyak harta tapi sayang,
Kalau tak penah sedekah & bayar zakat...✿•

✿• Cantik mulus kulitnyee tapi sayang,
Kalau tak penah tutup aurat... ✿•

✿• Cerdik fikiran tapi sayang,
Kalau tak boleh beza dosa & pahala...✿•
Emm.. sayang ~ sayang~

Thursday, 5 July 2012

apabila dirimu...



Apabila dirimu meminati seseorang, mohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…

#Letakkan pengharapan pada Allah s.w.t bukan pada manusia..

selamat ulangtahun untuk lelaki Dynamite


23 tahun kau hidup dan kau rasakan tidak punya apa-apa..apatah lagi aku??hidup yang kau rasakan masih belum bermula telah lama berjalan tanpa kau sedar.mungkin kau sedar yang kau sedang merangkak dalam hidup. Merangkak itu tidak salah kerana kau telah cuba untuk berjalan dan berlari tapi mungkin kau lupa yang permulaan berjalan dan berlari itu adalah dengan merangkak perlahan-lahan. Begitu juga dengan orang lain yang kau rasakan mereka berjalan dan berlari dalam hidup sedangkan mereka juga sepertimu merangkak sebagai langkah pertama. Pernahkah kau fikir yang orang lain telah menganggapmu berjaya?pesakit-pesakitmu? Juga ibubapamu.aku yakin mereka bangga dengan pencapaianmu kerana dengan merangkak kau mampu menggapai kejayaan. Mungkin yang kau rasakan kejayaan itu tidak besar tapi orang lain??

23 tahun kau rasakan kau ditindas emosi dan mental..itu adalah lumrah..setiap orang merasakan selagi diri ini bernafas. Apa yang kau perlu lakukan Cuma berdoa dan berusaha untuk melupakan segala masalah yang ada. Aku mengerti percakapan adalah lebih mudah dari perlaksanaan. Tapi andai kita redha dengan takdir-Nya pasti kau akan menemui ketenangan itu.
23 tahun, kau masih sendiri. disogok pelbagai cerita dan kisah tentang kehebatan dan kebahagiaan manusia-manusia sekeliling. Ya, kebahagiaanmu akan sampai juga dalam masa cepat atau lambat kerana aku yakin setiap manusia memiliki kebahagiaan itu Cuma kita masih tidak tahu bagaimana atau dengan cara apa ianya akan hadir.jangan tunggu, kau perlu berusaha untuk mendapatkannya.kau bukan seorang yang loser..kau seorang yang hebat dalam keadaan yang tertentu..mungkin aku tidak tahu, sesiapa pun tidak mengerti kerana yang mengalaminya adalah kau dan ia bukan aku.



p/s : aku hanya mampu menulis untuk berkongsi sedikit rasa hati denganmu kerana hakikatnya aku juga sedang mencari diri.

itulah aku


Dalam hidup yang penuh dengan ujian dan cabaran ini, terkadang aku lupa..aku lupa yang tidak semua perkara yang kita hajati akan menjadi milik kita. Terkadang aku menjadi over-thinking..aku ingin sekali mengetahui apa yang orang lain fikirkan, apa yang orang lain rasakan.adakah mereka sama seperti aku.. terkadang aku terjaga dari tidur, memikirkan apakah aku telah menyakiti atau mengguris perasaan seseorang pada sesuatu hari tanpa aku sedar? Adakah perasaan aku telah mengguris hatinya? Itulah aku.. jauh sekali untuk membenci..perlukah ada perasaan benci dalam dunia nie?

Terkadang aku muhasabah diri mencari kesilapan-kesilapan lalu yang menjadi penyebab akan kejadian kini? Egokah aku? Bukan.. aku hanyalah seorang wanita biasa yang mempunyai pendapatnya yang tersendiri yang mungkin kadang kau salah tanggapi. Itulah aku..seorang yang cuba menjadi kuat walau keadaan segenting tali.terkadang aku juga akan tersungkur tapi aku telah diajar untuk bangun kembali. Aku bukan menjauhi, jauh sekali untuk menyombong diri kerana aku bukanlah seorang yang gah untuk kau kenali. Aku hanya menunggu dia yang hadir untuk membawa aku kejalan kembali.jalan yang satu untuk DIA yang pasti.



 
 
KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mau MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN.

Wednesday, 4 July 2012

ketika hati ini terdetik


Permulaan cerita yang aku jangkakan sesiapa pun tidak mengetahuinya..tanpa aku jangka sama sekali.. seseorang hadir secara tiba-tiba yang membuatkan hati ini terdetik. Terdetik untuk mengenali “dia”. Insan tanpa aku kenali..yang aku tahu hanya indahnya bait-bait perkataan yang dikarang oleh “dia”. Hadirnya membalas dengan kata : nice..keep on reading..

Satu ayat yang aku rasakan akan selalu aku ingati. Lalu aku membalas dengan berkata thanks. Mungkin tanpa aku sedar ayat dia telah membuat hatiku terdetik. Blognya penuh dengan kata-kata luahan dari hatinya..sangat mendalam, sampaikan aku berasa diriku memasuki dunianya. “dia” seorang yang sangat unik..yang sentiasa cuba membaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik..dari segi duniawi dan akhirat.. apa yang aku rasakan dia seorang yang kuat walaupun terlalu banyak ujian yang dirasakannya. Namun itulah hakikat, hidup ini pasti ada susah dan senangnya tapi InsyaAllah andai kita dijalan yang benar kita pasti akan merasai kemanisan diakhirnya. Timbul rasa kagum pada dirinya.. dia menganggap dirinya manusia dynamite. Membuatkan aku tertawa keseorangan..apa yang dia cuba untuk buktikan? Andainya aku tahu. Aku yakin dia seorang yang kuat dan tegar yang perlu ada pada seorang doctor muda. insyaAllah, aku yakin Tuhan akan mempermudahkan jalanmu kerana kau telah memudahkan orang lain.

Sedikit coretan darinya :
dalam sekang 365 hari ini, aku cuma harapkan beberapa hari dari itu semahunya hidup aku penuh dengan gelak ketawa.
tanpa secalit duka, secebis luka.
tanpa sebintik ingatan pada siapa-siapa.
cuma dipenuhkan butir-butir bahagia.



#ketahuilah aku hanyalah wanita biasa yang punyai jiwa yang unik yang kadangkalanya cepat tersentuh yang berharap akan selalu ada dijalan-Nya

dia yang berbicara tanpa suara

My photo
Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.berbicaralah dgn-Nya walau tnpa suara. disini dimana aku cuba lari dari dunia realiti.

halaman menarik

bUat bAkaL suaMi ku !

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..